... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Saturday, November 14, 2015

MGB Selangor Turut Menyumbang Malam Gala Puspanita KPM

Majlis Guru Besar Selangor berbesar hati turut menyumbang RM1000 untuk majlis Malam Gala Puspanita KPM yang diadakan pada 13 November 2015 (Jumaat) di Hotel Everly Putrajaya.   Menurut Yang Dipertua MGBS En Alwan bin Ginen, sebagai warga pendidik sudah sewajarnya MGBS memberi sokongan kepada program seumpama itu.  MGBS diwakili oleh beberapa orang Guru Besar wanita dari daerah Petaling Utama dan Petaling Perdana.

Artis jemputan Noraniza Idris








Dah macam artis gaya mereka ni








Friday, November 13, 2015

Perubahan Jawatan Pegawai

Dengan bersaranya Tn Hj Zulkifli bin Hainin (Timbalan YDP) dan En Hasim Saleh (SU), maka terdapat kekosongan dua jawatan Pegawai yang perlu diisi. Pada hari ini, 13 November 2015 diumumkan perubahan jawatan tiga orang pegawai dan lantikan dua ahli exco menjadi Pegawai berkuatkuasa mulai 16 November 2015. Berikut ialah perubahan tersebut:
1- En. Sukimin Juki - Naib Pengerusi menjadi Timbalan YDP
2- Tn Hj Abdul Shukor Ujang - Naib Pengerusi 2 menjadi Naib Pengerusi
3- En. Zakaria Ismail - lantikan baru menjadi Naib Pengerusi 2
4- Tn Hj Hamidi Daud - Pen. SU dinaikkan menjadi SU
5- En. Rosman Mansoor - lantikan baharu menjadi Pen. SU
Tn Hj Abdul Shukor Ujang
En. Zakaria Ismail
Tn Hj Hamidi Daud
En. Rosman Mansoor 
En. Sukimin Juki



Mesyuarat Exco Khas, 13 November 2015

Mesyuarat berlangsung pada 13 Nov 2015 di Kelab Shah Alam.

Tuesday, November 3, 2015

Majlis Persaraan Setiausaha MGB Selangor

Hari ini 3 November 2015 berlangsung majlis persaraan En Hasim Saleh, Guru Besar SK Bandar Sg Buaya. Beliau merupakan Setiausaha MGB Selangor.


Dulu dan sekarang