... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Friday, December 11, 2015

Borang Pengumpulan Saiz Kain Ahli MGB Selangor

Undian sedang dijalankan


Sebagai tanda penghargaan kepada semua ahlinya, Mesyuarat Exco MGB Selangor pada 2 Disember 2015 di Johor Bahru telah memutuskan untuk menghadiahkan setiap ahlinya dengan sepotong kain untuk dibuat baju/pakaian.  Bagi ahli wanita mereka akan menerima sepasang kain sementara ahli lelaki akan menerima kain untuk baju dan tali leher.  

Baju/pakaian ini diharapkan dapat dipakai semasa menghadiri Konvensyen Pendidikan MGB Negeri Selangor Kali Ke-5 yang dijangka akan diadakan pada Bulan April 2016.  Sehubungan itu telah diputuskan ahli yang layak menerima hadiah ini ialah mereka yang dijangka masih berkhidmat sekurang-kurangnya sehingga 31 Mac 2016.

Antara matlamat hadiah ini diberikan ialah:
  1. Sebagai penghargaan kepada ahli MGB Selangor di atas kerjasama yang diberikan selama ini
  2. Menanam sikap kesolidaritian dan kejelekitan sesama ahli
  3. Sebagai pakaian rasmi semasa Konvensyen Pendidikan MGBS Kali Ke-5
Naib Yang Dipertua 2 En Zakaria Ismail dipertanggungjawabkan untuk menguruskan tugasan ini.



Harap maaf... Pautan ke Borang Pengumpulan Saiz Kain Ahli MGB Selangor
telah ditamatkan.  Sila gunakan pautan yang dihantar melalui WhatsApp masing-masing.

Segala kesulitan amat dikesali.

Admin

No comments:

Post a Comment