... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Monday, December 19, 2016

Cabutan Maklumbalas Aplikasi SADO KSSR

Berikut ialah cabutan pandangan dan cadangan yang dikemukakan oleh pengguna. Bagi anda yang ingin mengemukakan sama sila klik pautan ini Borang Maklumbalas.

Aplikasi Sediakan Kalender Akademik (ASKA)


Sebagai usaha untuk membantu sekolah-sekolah menyediakan Kalender Akademiknya selari dengan Kalender Persekolahan 2017, MGB Selangor telah membina satu aplikasi ringkas.


  1. Pengguna hanya perlu taipkan simbol / pada lajur G jika minggu tersebut mahu dikira sebagai Minggu Kalender Akademik.
  2. Di penjuru kiri sebelah atas ada ditunjukkan bilangan Minggu Kalender Akademik
  3. Tanda sehingga bilangan minggu Kalender Akademik sekolah anda cukup seperti yang ditetapkan oleh pengurusan sekolah.  Warna petak akan berubah dari merah ke warna hijau sekiranya bilangan minggu Kalender Akademik berada dalam julat 32-40.

Friday, December 2, 2016

App Ringkas Mengira Keperluan Petak di Jadual Waktu KSSR 2017 Berdasarkan Bil. Minggu Kalender Akademik

MGB Selangor ada aplikasi ringkas untuk membantu Guru Besar, Penolong Kanan dan Guru Jadual Waktu mengira keperluan bilangan masa (petak) di jadual waktu sekolah.

Hanya memerlukan 3 bahagian untuk dilalui bagi mendapatkan rangka jadual waktu tersebut. Rangka jadual waktu yang betul amat penting sebelum jadual waktu dijana oleh hmana-mana aplikasi.

Bahagian A: Menentukan maklumat Asas berkaitan Jadual Waktu Sekolah

  1. Mula-mula isikan Tahun berapa (1, 2, 3, 4, 5 atau 6) 👉
  2. Isikan bil minggu Kalender Akademik (32 hingga 43) 👉
  3. Masa pertama bermula pada pukul
  4. Tempoh satu masa belajar (1 period berapa minit)
  5. Rehat bermula pada pukul berapa?
  6. Tempoh masa waktu rehat (berapa minit)
Berdasarkan maklumat yang diberi tersebut, aplikasi akan mengira bilangan waktu seminggu bagi setiap mata pelajaran bagi Tahun tersebut.



Bahagian B: Menetapkan bil. masa seminggu bagi setiap mata pelajaran
Pihak sekolah diberi kuasa untuk menentukan bilangan masa bagi setiap mata pelajaran seminggu asalkan ia tidak kurang dari masa yang dicadangkan oleh aplikasi (kiraannya berdasarkan SPI 8/2016). Sekolah boleh melebihkan mana-mana mata pelajaran bergantung kepada kelemahan dan kekuatan sekolah misalnya dari segi kompetensi muridnya dan bilangan guru opsyen sedia adanya.


  1. Anda diberi kuasa untuk menentukan berapa masa seminggu belajar bagi setiap mata pelajaran
  2. Namun ia tidak boleh kurang daripada jam setahun seperti yang ditetapkan dalam SPI 8/2016
  3. Anda masukkan bilangan masa cadangan dan sistem akan memeriksa sama ada jam tahunannya mencukupi atau tidak
  4. Isikan bilangan masa bagi setiap mata pelajaran di lajur F (warna kuning) dalam jadual berikut


Bahagian C: Menetapkan Rangka Jadual Waktu Sekolah
Bahagian ini adalah untuk menentukan waktu mula dan waktu balik setiap hari di rangka jadual waktu sekolah agar akhirnya bilangan petak yang terdapat di jadual tersebut sama dengan bilangan yang anda pilih dalam Bahagian B tadi.

  1. Anda perlu tentukan dalam Jadual Waktu tersebut dengan petak P&P (kuning) dan petak bukan P&P (hitam)
  2. Untuk menghitamkan petak taip simbol slash ("/") pada petak tersebut
  3. Petak hitam tidak dikira sebagai period P&P. Hanya petak kuning dikira sebagai Period P&P
  4. Untuk menghilangkan petak hitam, tekan butang DELETE pada petak berkenaan
  5. Jumlah bilangan petak kuning (P&P) dikira secara automatik dan ditunjukkan pada sel K37 (petak biru) di bawah
  6. Anda perlu sekurang-kurangnya menyamakan dengan petak hijau pada sel E21. Apabila telah sama, warna petak tersebut akan bertukar warna menjadi hijau

Sila klik di sini untuk ke app tersebut.

Untuk menilai/beri cdangan sila klik di sini. Terima kasih.

Tuesday, November 22, 2016

Contoh Jadual Bilangan Kalender Akademik 36 Minggu

Berikut ialah contoh penyediaan jadual waktu sekolah berdasarkan bilangan minggu Kalender Akademik yang sekolah pilih. Petikan Powerpoint BPK, salid 7: Tentukan jumlah minggu kalender akademik (PdP) yang sekolah mahu laksanakan dalam tahun yang dirancang (2017). Dalam contoh ini, sekolah telah memilih 36 minggu Kalender Akademik. Ini bermakna 7 minggu lagi tidak dikira sebagai minggu berlangsungnya proses pembelajaran dan pemudahcaraan (p&pc).


Maka perlu dikira terlebih dahulu bilangan masa minimum bagi setiap mata pelajaran berdasarkan 36 minggu tersebut. Berikut ialah kiraan untuk mata-mata pelajaran Tahun 1 KSSR (Semakan 2017).


Rujuk lajur C untuk mengetahui bilangan masa seminggu bagi setiap mata pelajaran.  Ini bermakna jadual bagi Tahun 1 akan mengandungi 47 masa dalam jadual waktu untuk p&pc seminggu.


Berikut pula ialah ialah kiraan bilangan masa seminggu bagi setiap mata pelajaran Tahun 2 dan 3 KSSR.  Ia masih mengekalkan mata pelajaran yang lama.  Panduan menukar daripada minit ke jam bagi semua mata pelajaran KSSR boleh didapti dalam Lampiran 10 Surat Pekeliling Ikhtisan Bil. 8 Tahun 2016 


Tahun 2 & 3  memadai minimumnya dengan 46 masa seminggu untuk p&pc seminggu


Petikan Panduan Penukaran dari Minit ke Jam


Tahun 4, 5 dan 6 pula  minimum masa seminggu p&pcnya dengan 46 masa seminggu untuk p&pc seminggu

Berikut ialah pecahan masa p&pc seminggu bagi setiap mata pelajaran mengikut Tahun.

Daripada sini dapat dilihat Tahap 1 (Tahaun 1, 2 dan 3) akan mempunyai masa p&pc sebanyak 47 masa seminggu sementara bagi Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) pula sebanyak 50 masa seminggu.  Ini bermakna kedua-dua tahap boleh balik awal (atau masuk lewat bagi sesi petang) sekurang-kurangnya sehari.  Bagi sekolah dua sesi, mereka bolehlah menggunakan ruang ini untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibat guru pagi dan petang misalnya mesyuarat, latihan dalam perkhidmatan dan sebagainya.


Menyusun Jadual Waktu
  1. Sekolah menyusun jadual waktu yang sesuai (anjal) bagi melaksanakan kurikulum (Slaid2)
  2. Mengaplikasikan konsep adaptability & flexibility dalam membina jadual  waktu sekolah (Slaid 4)


Namun demikian dalam contoh berikut, bagi menyusun jadual waktu sekolahnya, sekolah memilih untuk:

  1. balik awal pada hari Rabu bagi murid Tahap 2 (untuk membolehkan mereka mempunyai masa yang mencukupi hadir semula bagi aktiviti Kokurikulum Mingguan)
  2. masa pertama pada hari Jumaat tiada proses p&pc bagi memberi ruang majlis bacaan Yaasin



Dapat dilihat pada masa pertama hari Jumaat bagi semua jadual waktu dihitamkan menunjukkan tiada masa p&pc.  Mungkin sekolah boleh laksanakan aktiviti Bacaan Yaasin atau aktiviti 1Murid1Sukan atau pembudayaan budaya sekolah dan sebagainya.  

Sementara itu murid Tahap 2 boleh balik awal pada hari Rabu dan memberi masa yang cukup untuk mereka bersiap hadir semula bagi menyertai aktiviti Kokurikulum Mingguan.

Bagi memudahkan sekolah untuk menentukan/memilih bilangan minggu Kalender Akademik sekolahnya, di sini disertakan sekali lagi jadual Bilangan Masa/Petak di Jadual Waktu Kelas (termasuk Tasmik) bagi Tahun 1-6 Berdasarkan 32 hingga 43 Minggu Kalender Akademik.



Contoh Jadual Bilangan Kalender Akademik 36 Minggu

Berikut ialah contoh penyediaan jadual waktu sekolah berdasarkan bilangan minggu Kalender Akademik yang sekolah pilih. Petikan Powerpoint BPK, salid 7: Tentukan jumlah minggu kalender akademik (PdPc) yang sekolah mahu laksanakan dalam tahun yang dirancang (2017). Dalam contoh ini, sekolah telah memilih 36 minggu Kalender Akademik. Ini bermakna 7 minggu lagi tidak dikira sebagai minggu berlangsungnya proses pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc).


Maka perlu dikira terlebih dahulu bilangan masa minimum bagi setiap mata pelajaran berdasarkan 36 minggu tersebut. Berikut ialah kiraan untuk mata-mata pelajaran Tahun 1 KSSR (Semakan 2017).


Rujuk lajur C untuk mengetahui bilangan masa seminggu bagi setiap mata pelajaran.  Ini bermakna jadual bagi Tahun 1 akan mengandungi 47 masa dalam jadual waktu untuk p&pc seminggu.


Berikut pula ialah ialah kiraan bilangan masa seminggu bagi setiap mata pelajaran Tahun 2 dan 3 KSSR.  Ia masih mengekalkan mata pelajaran yang lama.  Panduan menukar daripada minit ke jam bagi semua mata pelajaran KSSR boleh didapti dalam Lampiran 10 Surat Pekeliling Ikhtisan Bil. 8 Tahun 2016 


Tahun 2 & 3  memadai minimumnya dengan 46 masa seminggu untuk p&pc seminggu


Petikan Panduan Penukaran dari Minit ke Jam


Tahun 4, 5 dan 6 pula  minimum masa seminggu p&pcnya dengan 46 masa seminggu untuk p&pc seminggu

Berikut ialah pecahan masa p&pc seminggu bagi setiap mata pelajaran mengikut Tahun.

Daripada sini dapat dilihat Tahap 1 (Tahaun 1, 2 dan 3) akan mempunyai masa p&pc sebanyak 47 masa seminggu sementara bagi Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) pula sebanyak 50 masa seminggu.  Ini bermakna kedua-dua tahap boleh balik awal (atau masuk lewat bagi sesi petang) sekurang-kurangnya sehari.  Bagi sekolah dua sesi, mereka bolehlah menggunakan ruang ini untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibat guru pagi dan petang misalnya mesyuarat, latihan dalam perkhidmatan dan sebagainya.


Menyusun Jadual Waktu
  1. Sekolah menyusun jadual waktu yang sesuai (anjal) bagi melaksanakan kurikulum (Slaid2)
  2. Mengaplikasikan konsep adaptability & flexibility dalam membina jadual  waktu sekolah (Slaid 4)


Namun demikian dalam contoh berikut, bagi menyusun jadual waktu sekolahnya, sekolah memilih untuk:

  1. balik awal pada hari Rabu bagi murid Tahap 2 (untuk membolehkan mereka mempunyai masa yang mencukupi hadir semula bagi aktiviti Kokurikulum Mingguan)
  2. masa pertama pada hari Jumaat tiada proses p&pc bagi memberi ruang majlis bacaan Yaasin



Dapat dilihat pada masa pertama hari Jumaat bagi semua jadual waktu dihitamkan menunjukkan tiada masa p&pc.  Mungkin sekolah boleh laksanakan aktiviti Bacaan Yaasin atau aktiviti 1Murid1Sukan atau pembudayaan budaya sekolah dan sebagainya.  

Sementara itu murid Tahap 2 boleh balik awal pada hari Rabu dan memberi masa yang cukup untuk mereka bersiap hadir semula bagi menyertai aktiviti Kokurikulum Mingguan.

Bagi memudahkan sekolah untuk menentukan/memilih bilangan minggu Kalender Akademik sekolahnya, di sini disertakan sekali lagi jadual Bilangan Masa/Petak di Jadual Waktu Kelas (termasuk Tasmik) bagi Tahun 1-6 Berdasarkan 32 hingga 43 Minggu Kalender Akademik.



Friday, November 11, 2016

Panduan Menentukan Bilangan Minggu Kalender Akademik Sekolah dan Jadual Waktu KSSR (Semakan 2017)

Sebelum memulakan kalender persekolahan 2017, Guru Besar perlu menentukan bilangan minggu Kalender Akademik sekolah masing-masing. Kalender akademik ialah minggu-minggu yang ditetapkan berlakunya proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (P&Pc) di sekolah. Ini bermakna kini sekolah telah diberi autonomi dalam menentukan corak perjalanan pendidikan di sekolah masing-masing. Berikut ialah panduan ringkas untuk menyediakan Kalender Akademik.

Tiga perkara asas:
  1. Kalender Persekolahan
  2. Kalender Akademik Sekolah
  3. Muktamadkan Jadual Waktu
    • tetapkan sama ada Tasmik di dalam atau di luar jadual waktu
    • pertimbangkan keperluan tambah/kurang period bagi sesuatu mata pelajaran mengikut kesesuaian dan keperluan sekolah
    • pertimbangkan berdasarkan bilangan guru mengikut opsyen yang ada di sekolah


1.  KALENDER PERSEKOLAHAN

Saban tahun akan dikeluarkan edaran pemakluman Penggal Persekolahan seperti contoh di bawah. 


Kalender Persekolahan yang dikeluarkan oleh KPM
Minggu Persekolahan = 11 + 9 + 11 + 12 = 43 minggu
Cuti Sekolah = 1 + 2 + 1 + 5 = 9 minggu

Daripada situ bolehlah mula membahagi 43 minggu persekolahan dan 9 minggu cuti sekolah dalam jadual Kalender Persekolahan 2017. Tentukan tarikh mula dan tarikh akhir bagi setiap minggu untuk memudahkan semakan sekiranya timbul kekeliruan.  Nombor minggu perlu jelas dan JANGAN masukkan minggu cuti sekolah (diwakili lorekan warna hitam) dalam kiraan Minggu Persekolahan. Jika disemak semula kiraan minggu dalam jadual di bawah, ia perlu tally dengan siaran Penggal Persekolahan di atas.


Kalender Persekolahan diterjemahkan mengikut minggu-minggu persekolahan oleh sekolah


2.  KALENDER AKADEMIK

Setelah jadual Minggu Persekolahan disiapkan, dapatkan siaran Cuti Perayaan dan Cuti Umum Persekutuan dan Negeri.
Takwim Cuti Perayaan yang dikeluarkan oleh KPM

Cuti umum
Masukkan cuti-cuti perayaan tersebut ke dalam jadual Kalender Persekolahan. Seperti di bawah dapat dilihat, 3 cuti perayaan utama (Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali) masing-masing membawa cuti seminggu bagi setiap perayaan tersebut (diwakili warna kelabu).  Ini bermakna tiga minggu tersebut tidak berlaku proses P&Pc maka ia tidak boleh diambil kira ke dalam minggu Kalender Akademik.

Masukkan juga cuti-cuti umum (diwakili warna merah) bagi memudahkan dilihat sama ada sesuatu minggu itu terlalu banyak cuti umum selain dari menyenangkan pihak yang ingin merancang takwim aktiviti sekolah.

Berdasarkan siaran cuti perayaaan dan cuti umum, ia dimasukkan dalam Jadual Minggu Kalender Persekolahan


Sepintas lalu dapat dilihat sekurang-kurangnya 3 minggu sudah tidak boleh dimasukkan dalam Kalender Akademik kerana sekolah bercuti sempena Cuti Perayaan. Ini bermakna kini bilangan minggu Kalender Akademik yang mungkin ialah hanya 40.

Sekolah perlu memasukkan minggu peperiksaan ke dalam Jadual Minggu Kalender Persekolahan.  Misalnya seminggu untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun dan seminggu lagi untuk Peperiksaan Akhir Tahun (rujuk jadual di bawah). Maka bilangan Minggu Kalender Akademik yang mungkin hanya berbaki 38 minggu.






Berdasarkan Kalender Persekolahan di atas, pihak sekolah hanya boleh menetapkan maksimum bilangan minggu Kalender Akademiknya ialah 38 (43 - 5 = 38) iaitu setelah ditolak dengan 3 minggu cuti perayaan dan 2 minggu peperiksaan. Katakan sekolah memerlukan 2 minggu lagi untuk urusan pelbagai (misalnya Ujian Bulanan, Hari Anugerah Cemerlang, Sukan, Perkhemahan) maka minggu Kalender Akademik yang boleh dipilih ialah 36 minggu.



3.  MUKTAMADKAN JADUAL WAKTU



Setelah ditetapkan bilangan Minggu Kalender Akademik, maka baharulah boleh dirancang bilangan masa minimum bagi setiap mata pelajaran seperti yang ditetapkan dalam SPI 8/2016.


Sebelum memulakan kiraan, ada baiknya difahami dahulu tentang maksud petak  bagi jadual tahap 1 dan jadual tahap 2 pada masa ini. Petak sebenarnya merujuk bilangan masa/period dalam jadual waktu. Bagi Tahap 1, pada masa ini (KSSR) bilangan petak seminggu termasuk perhimpunan dan Tasmik ialah 48 sementara bagi tahap 2 pula ialah 52. Sila rujuk rajah di bawah.

Katakan akhirnya kita pilih untuk melaksanakan 36 minggu Kalender Akademik, maka kandungan jadual waktu sekolah kita boleh seperti berikut:
Tahun 1 (Cara kiraan ini terdapat dalam bahan jerayawara KSSR Semakan 2017 oleh BPK)
Bilangan masa seminggu bagi setiap mata pelajaran ialah di lajur C.  Misalnya mata pelajaran Bahasa Melayu memerlukan 11 masa seminggu, Bahasa Inggeris pula 9 masa minggu, Matematik 6 masa seminggu dan akhirnya Tasmik 2 masa seminggu.  Ini menjadikan jumlah waktu belajar seminggu bagi Tahun 1 ialah 47 waktu.  

Lajur E menunjukkan lebihan/kekurangan jam belajar setahun bagi setiap mata pelajaran.  Jika dilihat, mata pelajaran Bahasa Inggeris dijangka mempunyai lebihan 2 jam belajar dari masa minimum yang ditetapkan berbanding dengan Matematik dan Pendidikan Agama Islam yang mempunyai lebihan 6 jam setiap satu.  Oleh itu penambahan masa bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris mungkin boleh jadi pertimbangan utama bagi sesebuah sekolah untuk memastikan jam setahun dapat dipenuhi.

Jika sekolah bercadang untuk kekal belajar 48 waktu seminggu (sama seperti jadual Tahap 1 2016), maka bolehlah pihak sekolah menambah 1 lagi masa bagi mana-mana mata pelajaran yang dirasakan sesuai dengan sekolahnya.  Namun ambil kira faktor kecukupan guru mata pelajaran yang ingin kita tambah sebelum membuat keputusan. Misalnya andai kata sekolah ini agak lemah dalam Matematik, maka Guru Besar boleh menambah masa belajar 1 masa lagi dalam seminggu bagi mata pelajaran Matematik iaitu bertambah dari 6 masa ke 7 masa seminggu. Maka kini ia akan kelihatan seperti berikut:


Masa Matematik ditambah 1 masa menjadikan masa belajar seminggu ialah 48 masa


Tahun 2 dan Tahun 3
Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6

Bilangan Petak di Jadual Waktu Kelas (termasuk Tasmik) bagi Tahun 1-6 Berdasarkan Bilangan Minggu Kalender Akademik.


Tiga jadual yang berikut menunjukkan keperluan minimum bilangan masa seminggu bagi setiap mata pelajaran untuk Tahun 1 (KSSR Semakan 2017) dam tahun 2 hingga 6 (KSSR).  Jadual ini hanya menunjukkan pilihan bilangan minggu Kalender Akademik dari 35 hingga 40 sahaja.