... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Monday, January 25, 2016

Konvensyen Pendidikan MGB Selangor Kali Ke-5

Majlis Guru Besar Selangor akan mengadakan Konvensyen Pendidikan MGB Selangor Kali Ke-5 pada 5 hingga 7 April 2016 di Kuala Terengganu.  Keahlian MGB Selangor adalah  terbuka kepada Guru-guru Besar Sekolah Kebangsaan yang kini mempunyai keahlian  seramai 448 ahli.


  1. 2012 - Flamingo Hotel, Kuala Lumpur
  2. 2013 - Flamingo Hotel, Kuala Lumpur
  3. 2014 - Flamingo Hotel, Kuala Lumpur.  6 hingga 8 Mei 2014 mencatatkan kehadiran seramai 419 orang
  4. 2015 - De Baron, Langkawi. 1-3 April 2015
Konvensyen kali kelima ini dijangka akan diadakan di TH Hotel, Kuala Terengganu.  MGB Selangor akan menanggung semua kos penginapan, makan dan pengisian konvenyen sementara MGB daerah pula mengaturkan perjalanan ahli.  Sehubungan itu berikut ialah peringatan kepada semua ahli agar:
  1. Membuat pengesahan kehadiran selewat-lewatnya pada 1 Februari 2016 dengan mengisi borang elektronik yang dihantar melalui kumpulan WhatsApp MGB daerah masing-masing.
  2. Guru Besar yang tidak dapat hadir tidak perlu diganti (kerana ini adalah atas tiket peribadi bukan jawatan)
  3. Guru Besar yang telah mengesahkan hadir, sekiranya tidak hadir maka caj akan dikenakan ke atas MGB Daerah.
Ketiga-tiga jadual di bawah ini ialah respon daripada Guru Besar yang menyatakan sama ada dapat hadir atau tidak ke konvensyen tersebut menerusi Google Form yang dikirim melalui kumpulan WhatsApp daerah masing-masing. Paparan di sini akan dikemaskini secara automatik lebih kurang setiap 5 minit.


Kedudukan Respon Berdasarkan Pecahan Daerah dan Jantina



Senarai Guru Besar Yang Telah Memberikan Respon



2 comments:

  1. Dzulkifli bin jamha ri sk batu 38. Sabak bernam. 2.5 meter

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah....
    Mesy Agung MGBS kali ke-21 telah selamat dijalankan.
    Terima kasih yg tidak terhingga kpd semua pegawai, exco & perwakilan yg sgt bekerjasama di dalam mesy tersebut.
    Ucapan tahniah & terima kasih yg tidak terhingga kpd MGB Kuala Selangor yg telah menunjukkan komitmen yg tinggi sebagai host kali ini.
    Tqsm..

    ReplyDelete