... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Monday, February 15, 2016

Konvensyen 2016: Mesyuarat Pegawai

Mesyuarat membuat keputusan akhir mengenai konvensyen Pendidikan MGB Selangor Kali Ke-5 telah diadakan di Kelas Shah Alam pada 15/2/16.  Antara perkara yang diputuskan ialah mengenai VVIP dan tempahn bilik.




MGB Sepang: Pengesahan Penerima APC Sekolah-sekolah Daerah Sepang

Hari ini 15 Februari 2016 diadakan perbincangan secara bersemuka (one-to-one) di antara Guru Besar dengan Tuan Pegawai Pendidikan Daerah dan Timbalannya di PPD.  Ini sebagai usaha untuk memastikan wujudnya elemen ketelusan antara kedua-dua pihak dalam menjamin integriti yang tinggi sewaktu memutuskan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).  Guru Besar juga diminta membawa minit mesyuarat LNPT 2015 serta justifikasi pemilihan tersebut.  Kitaran 5 tahun untuk menerima semula seperti yang ditetapkan oleh KPM juga diambil kira.

Mesyuarat berlangsung dalam suasana serius tapi mesra dan berasaskan fakta


Borang Daftar tunggu giliran
Sempat berbincang mengenai berbagai-bagai perkara sementara menanti giliran
Juga ada yang sibuk menghubungi sekolah masing-masing


Mesyuarat pintu
Gaya guru besar sementara menanti giliran.

Wednesday, February 10, 2016

Konvensyen 5: Lawatan Tapak Ke TH Hotel & Convention Centre Terengganu


Tiga orang Pegawai bersama 3 wakil tuan rumah iaitu MGB Kuala Selangor telah membuat lawatan tapak pada 10.2.16

Naik buggy di klia2


Ketibaan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud



Kenderaan hotel yang boleh digunakan untuk mengambil dan menghantar VVIP
Ruang makan


Ruang lobi yang besar dan selesa

Pintu masuk hotel

Saturday, February 6, 2016

Logo Majlis Guru Besar Selangor

Mulai 6 Februari 2016 wajah Blog MGB Selangor berubah dengan menggantikan gambar Pegawai dan Exco dengan Logo MGB Selangor.

Wajah Baru

Wajah Lama


Friday, February 5, 2016

Pegawai Perhubungan MGB Selangor Yang Baharu

Dengan Persaraan En. Zakariah bin Hamzah mulai 1 Februari 2016 bermakna secara tidak langsung jawatan Pegawai Perhubungan MGB Selangor juga kosong. Alhamdulillah pada 5 Februari para pegawai dapat bertemu dengan pengganti En Zakaria iaitu En. Khairul Anuar bin Awang.






Thursday, February 4, 2016

Mesyuarat Prapersediaan Konvensyen Pendidikan MGB Selangor Kali Ke-5

Satu mesyuarat prapersediaan Konvensyen Pendidikan MGB Selangor Kali Ke-5 antara Pegawai dan Tuan Rumah telah diadakan di Hotel Goldcourse pada 4 Februari 2016 pukul 3 petang.  Konvensyen kali kelima ini akan diadakan pada 5 hingga 7 April 2016 di TH Hotel & Convention Terengganu dengan MGB Kuala Selangor pula menjadi tuan rumah.

Mesyuarat bersama Pegawai yang dihadiri oleh En. Mohamad Alwan Ginen (Yang Dipertua), En. Sukimin bin Juki (Timbalan), Tn. Hj. Abd. Shukor Ujang (Naib), En. Zakaria Ismail (Naib 2), Tn. Hj. Hamidi Daud (Setiausaha), Tn. Hj. Nor Azmi Rahmat (Bendahari) dan En. Rosman Mansoor (Pen. Setiausaha) itu berfsama-sama Tn. Hj. Muhammed Adzhar Alias (Pengerusi), En. Abdul Rahman Marhaban (Setiausaha), En. Misnan Maswan dan Pn. Zaini Khalid.

Mesyuarat telah memutuskan untuk menggunakan model Hulu Selangor dan Gombak dalam segi agihan AJK dan cara pelaksanaan.  Ini menjadikan semua AJK Pelaksana adalah terdiri daripada semua Guru Besar dari Kuala Selangor.









Pelantikan KSPS yang baharu

En. Shashim Shah bin Harun telah dilantik menjadi Ketua Sektor Pengurusan Sekolah yang baharu menggantikan Tn. Haji Mahmudi bin Bakri yang bersara pada 1 Februari 2016 baru-baru ini.  Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor.

Pengarah Pendidikan Selangor En. Zainuren Hj. Mohd. Nor menyampaikan surat pelantikan KSPS yang baharu