... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru 2016

Selamat Hari Guru buat semua yang pernah dan sedang bergelar pendidik.






Klik pautan ini untuk lagunya http://youtu.be/Kz1A2Vmf57c

Lirik Lagu Guru Pembina Negara Bangsa

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
Sent from my iPhone

Saturday, May 7, 2016

Majlis Sejambak Budi, Selautan Kasih

Pergerakan Pegawai Tinggi Kementerian Pendidikan berlaku melibatkan seramai 7 orang pada bulan April 2016.  Di antaranya ialah Pengarah Pendidikan Selangor En. Zainuren Hj Mohd Noor dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, di Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya.  Kekosongan tempat beliau diisi oleh Tn. Haji Mohd Salleh Mohd Kassim, Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor.

Sebagai tanda menghargai pelbagai sumbangan yang telah beliau taburkan di negeri kelahirannya, Jabatan Pendidikan Selangor telah menganjurkan Majlis Sejambak Budi Selautan Kasih di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah Alam pada 6 Mei 2016.  Majlis Guru Besar Selangor telah membeli dua buah meja selain menyampaikan cenderamata kepada beliau.Banyak jasa beliau di Selangor dan terhadap MGB Selangor dan MGB Daerah-daerah.  Sesungguhnya Selangor begitu terasa akan kehilangannya.

Selamat Maju Jaya Tuan!












Friday, May 6, 2016

Tawaran Memiliki Rumah Melalui Skim Guruku Sayang

POTONGAN SEHINGGA RM26,000 ataupun RM33,000

 
menawarkan harga istimewa rumah kediaman kepada warga pendidik dan ahli keluarganya di



yang lokasinya terletak di kawasan Airport City

Lokasi rumah yang terletak di kawasan Airport City





Skim Guruku Sayang
Guru Pembina Negara Bangsa

Sempena Sambutan Hari Guru Kali Ke-45, AAKH Development Sdn. Bhd. memberikan potongan istimewa sehingga RM33,000 khusus kepada warga pendidik termasuk anak dan pasangannya. 

  1. Pada mereka yang masih belum membeli rumah, segera rebut peluang untuk mendapatkan MyDeposit yang memberi bantuan deposit antara RM3,000 ke RM30,000 ataupun 10% dari harga jualan. MyDeposit dibuka pada 6 April 2016 hingga 30 Jun 2016.  Keterangan lanjut layari http://www.br1m.info/mydeposit/
  2. Skim ini terbuka kepada 10 unit pertama dan dibuka sehingga 30 Jun 2016
  3. Yuran guaman ditanggung oleh pemaju*
  4. Potongan 50% ke atas duti stem*
  5. Kami akan bantu menguruskan pinjaman anda dari A hingga Z.  Anda hanya perlu mendapatkan tandatangan Ketua Jabatan sahaja*
  6. Semak kelayakan pinjaman anda di sini: 
Bil
Gaji Bulanan Hakiki (RM)
Kelayakan Pinjaman (RM)
 1
8,500 ke atas
                600,000.00
2
6,500 ke 8,499
562,000.00
3
5,500 ke 6,499
525,000.00
4
4,500 ke 5,499
500,000.00
5
3,500 ke 4,499
475,000.00
6
3,000 ke 3,499
400,000.00
7
2,500 ke 2,999
350,000.00
8
2,000 ke 2,499
320,000.00
9
1,500 ke 1,999
260,000.00
10
1,200 ke 1,499
210,000.00
11
1,000 ke 1,199
150,000.00
12
999 dan ke bawah
120,000.00

Kadar Kelayakan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

Kelebihan memiliki rumah di Desa Salak Pekerti:

  1. Kemudahan asas telah sedia ada
  2. Dihubungkan dengan jalanraya dan lebuhraya utama
  3. Kepadatan penduduk yang rendah
  4. Berhampiran KLIA, KLIA2, Litar F1, Kompleks Tabung Haji, UiTM Dengkil, USIM, Xiamen University, INTI College, MIAT, Nilai College, Mitsui Outlet, KLIA International Outlet, Sepang Gold Coast
  5. Kadar sewaan yang tinggi
  6. Pelaburan terbaik untuk masa hadapan


Untuk memudahkan tuan/puan membuat anggaran bayaran balik ansuran bulanan sila dapatkan kalkulator di sini http://www.lppsa.gov.my/v1/index.php/kalkulator


Keterangan lanjut sila hubungi Rizal h/p: 011 1074 3613



*Tertakluk kepada terma dan syarat

Wednesday, May 4, 2016

Penyerahan Sumbangan Menganjurkan Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor

Tuan Pengarah Pendidikan Tn Hj Mohd Salleh Mohd Kassim telah menyerahkan sumbangan-sumbangan kewangan kepada Pengerusi Sambutan 2016 Tuan Sajoli bin Masdor, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Gombak di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Pendidikan Selangor petang tadi.


Sumbangan MGB Selangor Sempena Sambutah Hari Guru Negeri Selangor 2016

Saban tahun MGB Selangor seperti biasa akan memberi sumbangan kepada JK Penganjur Sambutan Hari Guru Peringkat NegeriSelangor. Pada tahun ini PPD Gombak diberi penghormatan untuk menganjurkannya. Pada kali ini MGB Selangor kekal menyumbangkan RM35,000 sebagai tanda sokongan dan tanda terima kasih kepada pihak Jabatan Pendidikan Selangor. Cek telah disampaikan oleh YDP En Mohamad Alwan bin Ginen kepada Pengarah Pendidikan Tn Haji Mohd Salleh bin Mohd Kassim.