... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Thursday, June 16, 2016

Kunjung Hormat Pengarah Baharu

Majlis Guru Besar Selangor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan Tn. Haji Mohd. Salleh bin Mohd. Kassim sebagai Pengarah pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang baharu.  Beliau menggantikan En. Zainuren bin Haji Mohd. Noor yang bertukar ke Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di Putrajaya.

Tn. Haji Mohd. Salleh Mohd Kassim
Seramai lima orang pegawai MGBS yang dapat menyertai kunjung hormat ini iaitu En. Mohamad Alwan Ginen, En. Sukimin bin Juki, Tn.. Hj. Abd. Shukor Ujang, Tn. Hj. Hamidi Daud dan Tn Hj Nor Azmi bin Rahmat.



Lantikan beliau sebagai Pengarah yanag baharu seolah-olah membawa rahmat kepada Selangor apabila sukad olahraga Selangor ke MSSM Kali Ke-58 muncul menjadi johan mengalahkan juara bertahan Sarawak yang mendominasinya selama 6 tahun berturut-turut sebelum ini.  Beliau sempat memberi cabaran dan kata perangsang kepada para atlit dalam usaha untuk memastikan Selangor muncul sebagai juara.


No comments:

Post a Comment