... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Tuesday, October 31, 2017

Pelantikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Tuan Haji Aminudin Adam telah sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) mulai 19 Oktober 2017.


Dr. Haji Zainal Aalam Hassan pula dilantik menjadi Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) mulai 19 Oktober 2017.

Datuk Dr Amin bin Senin Dilantik Menjadi KPPM Yang Baharu

Majlis Guru Besar Selangor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Dr. Amin Senin yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang ke-16 berkuatkuasa pada 19 Oktober 2017 bagi menggantikan YTan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof yang bersara.

Penyampaian watikah dari KSN kepada Datuk Dr.Amin
Tahniah YBhg. Datuk Dr.Amin
MGB Selangor percaya Datuk Dr. Amin Senin dapat menerajui transformasi pendidikan negara dengan cemerlang. 

Thursday, October 12, 2017

Mesyuarat Exco di SK Seksyen 3 Shah Alam

Mesyuarat Khas Exco Majlis Guru Besar Selangor telah diadakan pada hari Khamis, 12 Oktober 2017 di Bilik Mesyuarat SEDERAP, Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 Shah Alam.  Mesyuarat tertumpu dalam membincangkan tentang persediaan Perancangan 2018.
Terima kasih kepada Pn. Anis Iberahim, Guru Besar SK Seksyen 13 Shah Alam yang sudi menajdi tuan rumah.